Lompat ke kandungan

Saudara Yuriy Zalipayev memberikan ucapan penutupan di mahkamah

7 OKTOBER 2020
RUSIA

Mahkamah Rusia Mendapati Saudara Yuriy Zalipayev Tidak Bersalah!

Mahkamah Rusia Mendapati Saudara Yuriy Zalipayev Tidak Bersalah!

Pada 7 Oktober 2020, Mahkamah Daerah Mayskiy di Republik Kabardino-Balkaria mendapati bahawa Saudara Yuriy Zalipayev tidak bersalah dan membebaskannya daripada semua tuduhan. Pihak pendakwa diberi masa 10 hari untuk membuat rayuan.

Pihak pendakwa menuduh Saudara Zalipayev menghasut orang lain melakukan keganasan. Tetapi lebih daripada 30 orang yang memberikan keterangan menyatakan bahawa dia hanya menggalakkan orang untuk membaca Bible, dan menunjukkan kebaikan hati dan kasih kepada semua orang.

Keputusan “tidak bersalah” mahkamah itu juga selaras dengan kesimpulan yang dibuat oleh Kumpulan Kerja Penahanan Arbitrari PBB. Kesimpulan itu menyatakan bahawa Saksi-Saksi Yehuwa tidak mengamalkan atau menggalakkan keganasan dalam apa jua cara.

Selepas keputusan mahkamah diumumkan, Saudara Zalipayev berkata, “Keluarga dan kawan saya sudah pun bersedia untuk keputusan yang buruk. Tetapi saya bersyukur kepada Yehuwa kerana saya tidak rasa tertekan semasa perbicaraan. Saya amat gembira dan berterima kasih kepada semua orang yang mempertahankan saya.”