21 NOVEMBER 2019
RUSIA
Mahkamah Rusia Mendenda Saudara Aleksey Metsger Sebanyak 350,000 Rubel dan Menolak Tuntutan Pendakwa Raya untuk Menjatuhkan Hukuman Penjara Tiga Tahun
Pada hari Khamis, 14 November 2019, Saudara Aleksey Metsger disabitkan bersalah oleh Mahkamah Daerah Ordzhonikidzevskiy dan didenda sebanyak 350,000 rubel (sekitar 5,460 dolar Amerika Syarikat). Dia merupakan saudara yang ke-12 yang disabitkan bersalah kerana melakukan kegiatan ekstremis sedangkan dia hanya mengamalkan atau menceritakan kepercayaannya. Peguam Saudara Metsger akan membuat rayuan terhadap keputusan ini.
Pada 25 April 2019, Saudara Metsger telah dituduh melakukan jenayah kerana dia mengaku dirinya salah seorang Saksi-Saksi Yehuwa. Semasa Saudara Metsger bercakap tentang agama kepada beberapa orang, mereka secara sembunyi merakam perbualan itu dan rakaman itu dijadikan bahan bukti untuk menuduh Saudara Metsger.
Kes ini mula dibicarakan pada 14 Oktober 2019. Pendakwa raya menuntut agar Saudara Metsger dijatuhkan hukuman penjara selama tiga tahun, tetapi ditolak oleh mahkamah. Walaupun Saudara Metsger tidak dipenjarakan, kita merasa risau kerana seorang lagi saudara telah disabitkan bersalah. Keputusan ini mungkin menyebabkan lebih ramai lagi saudara saudari kita didakwa kerana iman mereka.
Walaupun kerajaan Rusia terus menganiaya saudara saudari kita dengan tidak adil, kita yakin Yehuwa akan terus melegakan dan menguatkan mereka.—Mazmur 119:76, 161.