15 FEBRUARI 2021
RUSIA
Mahkamah Rusia Mendenda Saudari Svetlana Monis kerana Kepercayaannya
Pada 15 Februari 2021, Mahkamah Daerah Birobidzhan di Wilayah Autonomi Yahudi mendapati Saudari Svetlana Monis bersalah kerana mengambil bahagian dalam kegiatan sebuah organisasi yang diharamkan. Mahkamah memutuskan untuk mendendanya 10,000 ruble (RM549).
Dalam kata-kata penutupannya, Svetlana menunjukkan iman dan keberanian. Dia berkata, “Saya ingin memberitahu mahkamah bahawa saya berdiri di hadapan anda . . . demi nama Tuan kita, Yesus Kristus, dan Bapanya, Tuhan Yehuwa. Inilah apa yang dikatakan Bible tentang hal ini di 1 Petrus 4:14-16, yang berbunyi, ‘Jika kamu dihina kerana nama Kristus, kamu berbahagia kerana kuasa suci Tuhan yang mulia ada pada kamu. Namun, janganlah seorang pun antara kamu menderita kerana membunuh, atau mencuri, atau melakukan kesalahan, atau mencampuri urusan orang lain. Tetapi jika seseorang menderita kerana dia seorang Kristian, dia tidak patut berasa malu. Sebaliknya hendaklah dia terus memuliakan Tuhan dengan terus hidup sebagai orang Kristian.’”