22 DISEMBER 2020
RUSIA
Mahkamah Rusia Mengenakan Hukuman Penjara Tertangguh atas Saudara Semyon Baybak
Pada 21 Disember 2020, Mahkamah Daerah Leninskiy di Rostov-on-Don mensabitkan Saudara Semyon Baybak dan mengenakan hukuman penjara tertangguh selama tiga tahun setengah atasnya. Dia tidak perlu dipenjarakan buat masa ini.
Semasa kata-kata penutupan Semyon kepada mahkamah beberapa hari sebelum itu, dia memetik kata-kata seorang pejuang hak asasi manusia Rusia yang terkenal: “Mereka [Saksi-Saksi Yehuwa] dianiaya, namun mereka tetap senyum.” Semyon kemudian menegaskan: “Itulah kebenarannya. Saya tidak berasa benci atau patah semangat.” Seterusnya dia membaca 2 Korintus 4:8, 9, dan menerapkannya kepada dirinya dan rakan seiman di Rusia: “Kami diasak dari semua arah, tetapi kami tidak terhimpit sehingga tidak dapat bergerak; kami kebingungan, tetapi bukanlah sehingga kami tidak ada jalan keluar; kami dianiaya, tetapi kami tidak diabaikan; kami dihempas ke tanah, tetapi kami tidak dibinasakan.”