24 NOVEMBER 2020
RUSIA
Mahkamah Rusia Mengenakan Hukuman Penjara Tertangguh selama Dua Tahun atas Saudara Sergey Ledenyov
Pada 24 November 2020, Mahkamah Bandar Petropavlovsk-Kamchatskiy di Kawasan Kamchatka menyatakan bahawa Saudara Sergey Ledenyov bersalah. Dia dijatuhkan hukuman penjara tertangguh selama dua tahun dengan tiga tahun tempoh pengawasan. Dia tidak perlu dipenjarakan buat masa ini.
Pada hari terakhir perbicaraan, Sergey menjelaskan dengan berani apa maksudnya menjadi seorang Saksi-Saksi Yehuwa. Dia berkata, “Yehuwa bukanlah nama satu umat, organisasi, atau kepercayaan. Yehuwa ialah nama peribadi Tuhan. Dalam Bible di buku Yesaya, Yehuwa memanggil hamba-Nya yang setia sebagai ‘saksi-saksi-Ku.’ Berdasarkan kata-kata ini, nama ‘Saksi-Saksi Yehuwa’ diperkenalkan semasa sebuah konvensyen pada tahun 1931. Nama ini mencerminkan tugas untuk menjadi saksi-saksi bagi Tuhan, iaitu memberitahu orang lain tentang-Nya selaku Pencipta, Penyelamat, dan Pemerintah Berdaulat di alam semesta dan tentang tujuan-Nya yang indah bagi manusia. Inilah penghormatan yang amat besar bagi saya dan rakan seiman.”—Yesaya 43:10.
Dengan keyakinan teguh, Sergey memberitahu mahkamah, “Saya tidak mempunyai sebab untuk berasa malu, seolah-olah saya telah melakukan jenayah. Hati nurani saya bersih di hadapan Tuhan dan manusia.”