Lompat ke kandungan

16 DISEMBER 2020
RUSIA

Mahkamah Rusia Menjatuhkan Hukuman Penjara Enam Tahun atas Saudara Yuriy Savelyev

Mahkamah Rusia Menjatuhkan Hukuman Penjara Enam Tahun atas Saudara Yuriy Savelyev

Pada 16 Disember 2020, Mahkamah Daerah Leninskiy di Novosibirsk menjatuhkan hukuman penjara enam tahun atas Saudara Yuriy Savelyev. Saudara Yuriy tetap teguh dan mendapat keberanian daripada pembelajaran peribadinya tentang nubuat Bible.

Dalam pernyataannya yang terakhir kepada mahkamah pada 9 Disember, Yuriy menggunakan peluang untuk memberikan kesaksian dengan berani. Dia berkata kepada semua hadirin, “Nubuat yang dikatakan oleh Yesus Kristus sedang menjadi kenyataan sekarang di depan mata anda sendiri. Nubuat itu tercatat dalam Ayat-Ayat Suci, iaitu Bible, di Markus 13:9: ‘Kamu mesti berjaga-jaga. Orang akan membawa kamu ke mahkamah, dan kamu akan dipukul di rumah ibadat. Kamu akan dihadapkan kepada gabenor dan raja kerana aku. Maka kamu akan berpeluang untuk memberikan kesaksian kepada mereka.’”