Lompat ke kandungan

26 JANUARI 2021
RUSIA

Mahkamah Rusia Menjatuhkan Hukuman Penjara Tertangguh atas Saudari Galina Parkova

Mahkamah Rusia Menjatuhkan Hukuman Penjara Tertangguh atas Saudari Galina Parkova

Pada 26 Januari 2021, Mahkamah Daerah Leninskiy di Rostov-on-Don mensabitkan Saudari Galina Parkova dan menjatuhkan hukuman penjara tertangguh selama dua tahun dan tiga bulan. Jadi, dia tidak perlu dipenjarakan buat masa ini.

Dalam pernyataannya yang terakhir di hadapan mahkamah, dia dengan berani berkata, “Sebagai orang yang beriman terhadap Bible, saya faham mengapa saya menghadapi kesusahan hari ini. Tuan saya Yesus Kristus memberitahu sebabnya sebelum perkara ini berlaku. Dalam buku Yohanes bab 15, ayat 20, Yesus berkata, ‘Tidak ada hamba yang lebih besar daripada tuannya. Jika mereka telah menganiaya aku, mereka akan menganiaya kamu juga.’”

“Jika mereka melayan Yesus dalam cara sebegitu, sedangkan dia menyembuhkan orang, memberi mereka makanan, dan memberitahu orang tentang Bapanya serta Kerajaan Tuhan yang akan datang, maka apakah yang patut dijangkakan oleh pengikut Yesus? Penganiayaan yang saya alami kerana iman, benar-benar meyakinkan saya bahawa saya berada di haluan yang benar!”