Lompat ke kandungan

Saudara Aleksandr Shcherbina

6 APRIL 2021
RUSIA

Mahkamah Rusia Menjatuhkan Hukuman Penjara Tiga Tahun atas Saudara Aleksandr Shcherbina

Mahkamah Rusia Menjatuhkan Hukuman Penjara Tiga Tahun atas Saudara Aleksandr Shcherbina

TERKINI | Mahkamah Rayuan Rusia Mengurangkan Jangka Masa Hukuman Penjara Saudara Aleksandr Shcherbina

Pada 24 Jun 2021, Mahkamah Kawasan Krasnodar menjunjung keputusan untuk mensabitkan Saudara Aleksandr Shcherbina. Namun, mahkamah mengurangkan jangka masa pemenjaraannya daripada tiga tahun kepada dua tahun.

Keputusan Mahkamah

Pada 6 April 2021, Mahkamah Daerah Abinskiy di Kawasan Krasnodar mensabitkan Saudara Aleksandr Shcherbina dan menjatuhkan hukuman penjara selama tiga tahun. Dia ditahan selepas perbicaraan mahkamah. Aleksandr akan membuat rayuan atas keputusan itu.

Profil

Aleksandr Shcherbina

  • Tahun Lahir: 1976 (Kholmskaya, Kawasan Krasnodar)

  • Biografi: Ibu bapanya sudah meninggal. Dia bekerja sebagai pemandu trak, mekanik kereta, dan tukang kayu

  • Semasa muda, suka main bola keranjang dan bola sepak. Ketika berumur 20-an, belajar Bible dengan Saksi-Saksi Yehuwa. Setelah mempelajari nubuat-nubuat Bible yang menjadi kenyataan, yakin bahawa Bible memang Firman Tuhan. Dibaptis pada 1999

Sejarah Kes

Pihak berkuasa di Kawasan Krasnodar menyerbu rumah Saudara Aleksandr Shcherbina sebanyak dua kali. Kali pertama pada bulan April dan kali kedua pada bulan Disember 2020. Dalam kedua-dua kejadian itu, Aleksandr disoal siasat, dan Bible serta alat elektroniknya disita.

Kes perbicaraan Aleksandr bermula pada 17 Mac 2021, di Mahkamah Daerah Abinskiy. Seperti perbicaraan kes saudara saudari kita yang lain di mahkamah itu, perbicaraan kes Aleksandr juga selesai dengan cepat.

Aleksandr dengan berani mengatakan di perbicaraan mahkamah itu, “Saya sebenarnya dituduh kerana saya percaya Tuhan dan tetap menjadi Saksi Yehuwa. Dengan kata lain, saya didakwa kerana melaksanakan hak saya yang dijamin dalam Perkara 28, Perlembagaan Persekutuan Rusia. Kepercayaan agama saya adalah berdasarkan Bible, dan ajaran Bible bertentangan dengan ekstremisme.”

Kita bersyukur kepada Yehuwa atas teladan saudara saudari kita di Rusia, yang berani dan tetap beriman. Kita yakin bahawa Yehuwa akan memberkati mereka dengan berlimpah-limpah kerana mereka bertabah “melakukan kehendak Tuhan.”—Ibrani 10:36.