Lompat ke kandungan

24 FEBRUARI 2021
RUSIA

Mahkamah Rusia Menjatuhkan Hukuman Penjara atas Saudara Roman Baranovskiy dan Ibunya yang Lanjut Usia, Saudari Valentina Baranovskaya

Mahkamah Rusia Menjatuhkan Hukuman Penjara atas Saudara Roman Baranovskiy dan Ibunya yang Lanjut Usia, Saudari Valentina Baranovskaya

Pada 24 Februari 2021, Mahkamah Bandar Abakan di Republik Khakassia menjatuhkan hukuman penjara selama enam tahun atas Saudara Roman Baranovskiy. Mahkamah juga menjatuhkan hukuman penjara selama dua tahun atas ibu Roman, iaitu Saudari Valentina Baranovskaya. Inilah kali pertama salah seorang saudari kita di Rusia dipenjarakan kerana mengamalkan kepercayaannya. Valentina bakal berumur 70 tahun pada bulan April 2021 dan pernah mengalami strok pada bulan Julai 2020.

Selepas keputusan diumumkan, kedua-dua rakan seiman kita dibawa ke penjara. Kita akan membuat rayuan terhadap keputusan itu.