13 MEI 2021
RUSIA
Mahkamah Rusia Menolak Rayuan Saudari Yuliya Kaganovich
Pada 13 Mei 2021, Mahkamah di Wilayah Autonomi Yahudi menolak rayuan Saudari Yuliya Kaganovich. Sebaliknya, mahkamah Rusia membuat keputusan yang memihak kepada rayuan pihak pendakwa untuk mengubah hukuman asal Yuliya, iaitu denda sebanyak 10,000 ruble (RM549), kepada hukuman penjara tertangguh selama dua tahun dan enam bulan. Dia tidak perlu dipenjarakan buat masa ini.