Lompat ke kandungan

30 NOVEMBER 2020
RUSIA

Mahkamah Rusia Mensabitkan Empat Orang Saksi, dan Menahan Salah Seorang daripada Mereka

Mahkamah Rusia Mensabitkan Empat Orang Saksi, dan Menahan Salah Seorang daripada Mereka

Pada 30 November 2020, Mahkamah Daerah Pervomayskiy di Bandar Omsk mensabitkan Saudara Sergey Polyakov dan isterinya, Anastasia, serta Saudari Gaukhar Bektemirova dan Saudari Dinara Dyusekeyeva.

Saudara Polyakov telah dijatuhkan hukuman penjara selama tiga tahun dan ditahan. Tiga orang saudari pula masing-masing dijatuhkan hukuman penjara tertangguh antara dua tahun hingga dua tahun setengah, dan mereka dibenarkan pulang ke rumah. Semasa memberikan ucapan penutupan di mahkamah, Saudara Polyakov menjelaskan, “Yesus menubuatkan bahawa para pengikutnya akan dihadapkan kepada para pemerintah dan raja untuk memberikan kesaksian. Dari sudut pandangan Bible, perbicaraan mahkamah ini menjadikan nubuat itu kenyataan. Orang akan dapat tahu tentang kekuasaan Tuhan dan memutuskan sama ada mahu menerimanya atau tidak.”—Matius 10:18.