1 APRIL 2020
RUSIA
Mahkamah Rusia Mensabitkan Saudara Igor Ivashin dan Mengenakan Hukuman Tertangguh Enam Tahun
Pada 1 April 2020, Mahkamah Daerah Lensky di Republik Sakha telah menyatakan bahawa Saudara Igor Ivashin bersalah kerana kepercayaan agamanya. Dia dijatuhkan hukuman penjara tertangguh enam tahun. Maksudnya, dia dapat pulang ke rumah dan diletakkan di bawah pengawasan selama enam tahun. Tetapi dia akan dipenjarakan jika dia melanggar undang-undang dengan menjalankan ibadatnya selama tempoh pengawasan itu. Saudara Ivashin akan membuat rayuan bagi kesnya.