Lompat ke kandungan

12 FEBRUARI 2021
RUSIA

Mahkamah Rusia Mensabitkan Saudara Igor Tsarev dan Menjatuhkan Hukuman Penjara Tertangguh

Mahkamah Rusia Mensabitkan Saudara Igor Tsarev dan Menjatuhkan Hukuman Penjara Tertangguh

Pada 29 April 2021, sebuah mahkamah di Wilayah Autonomi Yahudi menjunjung keputusan yang mensabitkan Igor. Dia tetap dijatuhkan hukuman penjara tertangguh selama dua tahun setengah.

Pada 12 Februari 2021, Mahkamah Daerah Birobidzhan di Wilayah Autonomi Yahudi mensabitkan Igor. Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara tertangguh selama dua tahun setengah ke atasnya.

Igor tetap teguh dan bersikap positif sepanjang perbicaraannya. Semasa menyampaikan kata-kata penutupannya kepada mahkamah pada 11 Februari 2021, dia berkata, “Saya merenungkan bagaimana saya seharusnya memulakan pernyataan saya yang terakhir, dan saya memutuskan untuk menerapkan nasihat Rasul Paulus kepada semua orang Kristian. Dalam suratnya kepada sidang di Kolose, dia menggesa mereka, ‘Tunjukkanlah kesyukuran kamu.’

“Maka, saya mahu ucapkan terima kasih kepada Tuan Yang Arif, untuk keadaan tenang semasa prosedur kehakiman berlangsung, dan kerana memberikan perhatian kepada kami. . . . Namun, saya berasa syukur khasnya kepada Pencipta dan Tuhan kita, Yehuwa, kerana Dia telah menyokong saya sepanjang prosedur kehakiman ini. Dia telah memberi saya ketenangan dan kedamaian dalam hati saya.”—Kolose 3:15.