Lompat ke kandungan

4 FEBRUARI 2020
RUSIA

Mahkamah Rusia Menyatakan Saudara Kim dan Polevodov Bersalah

Mahkamah Rusia Menyatakan Saudara Kim dan Polevodov Bersalah

Pada 4 Februari 2020, Mahkamah Zheleznodorozhniy di Khabarovsk menyatakan bahawa Saudara Stanislav Kim dan Nikolay Polevodov bersalah. Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara tertangguh dua tahun ke atas mereka masing-masing. Meskipun mereka tidak dipenjarakan, mereka berada di bawah pengawasan sepanjang tempoh itu. Mereka akan membuat rayuan bagi keputusan ini. Selain itu, kedua-dua saudara kita menghadapi tuduhan jenayah di sebuah lagi mahkamah (Industrial District Court). Tarikh pengumuman keputusan bagi kes itu belum ditetapkan.