Lompat ke kandungan

Saudara Dennis Christensen dalam penjara semasa berjumpa dengan peguamnya pada September 2020

26 OKTOBER 2020
RUSIA

Mahkamah Rusia Sekali Lagi Menolak Rayuan Pembebasan Awal Saudara Christensen

Mahkamah Rusia Sekali Lagi Menolak Rayuan Pembebasan Awal Saudara Christensen

Pada 26 Oktober 2020, Mahkamah Daerah Lgov sekali lagi menolak rayuan pembebasan awal Saudara Dennis Christensen, yang sudah menghabiskan lebih daripada tiga tahun di penjara. Dia diberi 10 hari untuk membuat rayuan. Hukuman Saudara Christensen dijadualkan untuk berakhir pada bulan Mei 2022. Tarikh akhirnya merangkumi masa dia ditahan sebelum perbicaraan. Namun begitu, pada bulan lalu, suruhanjaya penjara melabelnya sebagai pelanggar peraturan penjara yang berniat jahat. Maka, masa dia ditahan sebelum perbicaraan mungkin tidak akan diambil kira, dan dia mungkin tidak akan dibebaskan pada bulan Mei 2022.

Saudara Christensen dan isterinya, Irina, telah menanggung banyak kesusahan dari segi fizikal, mental, dan emosi sejak Saudara Christensen ditahan pada 25 Mei 2017. Walaupun begitu, mereka berdua masih tetap bersukacita dan bertekad dengan sepenuh hati untuk tabah menghadapi ujian iman ini. Sudah pasti, berjuta-juta doa yang diucapkan oleh saudara saudari di seluas dunia turut membantu mereka.