Lompat ke kandungan

25 FEBRUARI 2021
RUSIA

Mahkamah Rusia Tidak Memberikan Parol kepada Saudara Roman Gridasov

Mahkamah Rusia Tidak Memberikan Parol kepada Saudara Roman Gridasov

Pada 25 Februari 2021, Mahkamah Wilayah Orenburg menolak rayuan Saudara Roman Gridasov supaya diberikan parol. Dia perlu terus dipenjarakan sehingga tempoh itu tamat pada Ogos 2021. Dia telah dipenjarakan sejak September 2019. Roman merupakan salah seorang daripada lima orang saudara yang dipukul oleh pegawai penjara pada Februari 2020.