Lompat ke kandungan

Kiri ke kanan: Saudari Silaeva dan Shamsheva berserta Saudara Khokhlov dan Zhinzhikov di mahkamah pada 28 Oktober 2020

28 OKTOBER 2020
RUSIA

Mahkamah Rusia Tidak Mengubah Keputusan Bersalah bagi Dua Orang Saudara dan Dua Orang Saudari

Mahkamah Rusia Tidak Mengubah Keputusan Bersalah bagi Dua Orang Saudara dan Dua Orang Saudari

Pada 28 Oktober 2020, Mahkamah Wilayah Bryansk mengekalkan keputusan bagi kes Vladimir, Eduard, Tatyana, dan Olga. Pada asalnya, mereka dijatuhkan hukuman penjara antara satu tahun hingga satu tahun tiga bulan. Tetapi memandangkan mereka sudah ditahan sebelum perbicaraan, mereka tidak perlu menjalani tempoh pemenjaraan tambahan. Ekoran daripada keputusan yang dibuat, saudara saudari kita akan terus dilabel sebagai penjenayah. Namun, mereka gembira kerana mereka masih bebas. Tiada prosedur perundangan yang membolehkan pihak pendakwa untuk memohon supaya mereka diberikan hukuman yang lebih berat.

Sebelum keputusan asal dibuat, para saudara itu ditahan selama 316 hari dan para saudari pula ditahan selama 245 hari. Selepas dibebaskan, para saudari telah ditemu ramah dalam video Berita Terkini Badan Pimpinan 2020 #5. Mereka berkata bahawa doa, membaca Bible, dan sikap sentiasa bersyukur telah membantu mereka untuk bertabah dan bersukacita.