Lompat ke kandungan

Kiri: Saudara Aleksandr Serebryakov dan isterinya, Irina. Kanan: Saudara Yuriy Temirbulatov

17 OGOS 2022
RUSIA

Menggalakkan Orang Tersayang semasa Ditahan

Menggalakkan Orang Tersayang semasa Ditahan

Pada 8 Ogos 2022, Mahkamah Daerah Golovinskiy di Moscow menyatakan Saudara Aleksandr Serebryakov dan Yuriy Temirbulatov bersalah. Mereka masing-masing dikenakan hukuman penjara tertangguh enam tahun. Mereka tidak perlu dipenjarakan buat masa ini. Kedua-dua saudara dibebaskan dari tahanan dengan serta-merta.

Garis Masa

  1. 10 Februari 2021

    Enam belas rumah Saksi-Saksi Yehuwa diserbu oleh para pegawai Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, FSB, dan Pengawal Kebangsaan. Dua saudara dilaporkan dipukul dan 18 pula disoal siasat. Aleksandr dan Yuriy ditahan

  2. 12 Februari 2021

    Kedua-dua saudara ditahan sebelum perbicaraan

  3. 28 Oktober 2021

    Yuriy digegaskan ke hospital dan menjalani pembedahan kecemasan untuk keluarkan tumor

  4. 4 November 2021

    Yuriy dipindah dari hospital ke tahanan sebelum perbicaraan

  5. 7 Februari 2022

    Perbicaraan mahkamah bermula

Profil

Aleksandr dan Yuriy menjadi contoh baik dengan membantu keluarga mereka tetap rapat dengan Yehuwa walaupun Aleksandr dan Yuriy dipisahkan daripada keluarga mereka. Semoga Yehuwa terus berkati Aleksandr dan Yuriy serta keluarga tersayang mereka kerana bertabah dengan setia.—1 Timotius 5:8.

a b Semasa rencana ini disediakan, Saudara Serebryakov dan Temirbulatov berada dalam tahanan sebelum perbicaraan. Jadi, tidak mungkin untuk dapatkan komen mereka.