9 FEBRUARI 2024
RUSIA
Menghadapi Masa Depan yang Tidak Menentu dengan Yakin
Mahkamah Bandar Blagoveshchensk di Wilayah Amur akan mengumumkan keputusan kes Saudari Kristina Golik, Yekaterina Olshevskaya, Mariya Myasnikova, dan Valentina Yermilova. Pendakwa raya belum mengemukakan hukuman yang mungkin dikenakan.
Profil
Kita sangat menghargai teladan yang ditunjukkan oleh saudari-saudari kita yang terus bergantung pada Yehuwa. Kita yakin bahawa Yehuwa akan terus menjaga dan memberkati mereka dengan berlimpah-limpah.—Mazmur 27:3.
Garis Masa
20 Julai 2018
Rumah para Saksi digeledah
22 Julai 2021
Keempat-empat saudari didakwa melakukan jenayah
27 Julai 2021
Kristina dan Mariya dikenakan sekatan perjalanan
3 Ogos 2021
Yekaterina dikenakan sekatan perjalanan
4 Ogos 2021
Valentina dikenakan sekatan perjalanan
26 Mei 2023
Perbicaraan kes jenayah bermula