Lompat ke kandungan

Saudara Sergey Rayman dan isterinya, Valeriya

7 SEPTEMBER 2020
RUSIA

Pasangan Muda Menghadapi Tuduhan Jenayah di Rusia

Pasangan Muda Menghadapi Tuduhan Jenayah di Rusia

Keputusan Mahkamah

Mahkamah Daerah Sverdlovskiy di bandar Kostroma telah menjadualkan 16 September 2020 a untuk mengumumkan keputusan bagi kes Saudara Sergey Rayman dan isterinya, Valeriya. Mereka mungkin akan dikenakan hukuman penjara tertangguh tujuh tahun.

Profil

Sergey Rayman

  • Tahun Lahir: 1996 (Kineshma, Wilayah Ivanovo)

  • Biografi: Belajar bidang pembinaan di sekolah teknik. Pakar reka bentuk dalaman. Neneknya membantunya mengenali dan mengasihi Firman Tuhan. Berkahwin dengan Valeriya pada 2015. Suka memasak dan bermain ski

Valeriya Rayman

  • Tahun Lahir: 1993 (Sharya, Wilayah Kostroma)

  • Biografi: Bapanya meninggal semasa dia berumur 10 tahun. Belajar tentang Yehuwa daripada ibunya. Dia mempunyai lesen sebagai tukang gunting rambut

Sejarah Kes

Pada awal pagi 25 Julai 2018, pegawai polis yang bersenjata merempuh masuk rumah Saudara dan Saudari Rayman lalu menahan mereka. Saudari Rayman ditahan selama dua hari manakala Saudara Rayman dikurung seorang diri selama 59 hari. Selain itu, mereka tidak dibenarkan untuk berhubung dengan Saksi-Saksi Yehuwa lain atau meninggalkan rumah pada waktu petang. Sekatan ini telah membawa banyak stres dan mempengaruhi kesihatan fizikal dan emosi mereka.

Sementara menantikan keputusan mahkamah, kita berdoa agar mereka terus berani, bertabah, dan yakin akan sokongan Yehuwa.—Yosua 1:9.

a Mungkin berubah