30 JUN 2020
RUSIA
Pendakwa Membuat Rayuan agar Dennis Christensen Tidak Dibebaskan Lebih Awal
Kami baru mendapat tahu bahawa pendakwa yang bernama A. A. Shatunov, dari Pejabat Pendakwa Raya Wilayah Kursk telah membuat rayuan yang akan menghalang Saudara Dennis Christensen daripada dibebaskan lebih awal. Meskipun peguam Saudara Christensen akan membuat bantahan, dia mungkin perlu tunggu selama berminggu-minggu sebelum perbicaraan mahkamah dibuat. Pihak penjara telah menempatkan Saudara Christensen dalam sebuah sel hukuman selama 10 hari. Iman Saudara Christensen masih teguh biarpun menghadapi perubahan ini. Terima kasih atas doa-doa anda yang berterusan demi Saudara dan Saudari Christensen.