Lompat ke kandungan

10 FEBRUARI 2021
RUSIA

Pihak Berkuasa Rusia Menyerbu Sekurang-Kurangnya 15 Buah Rumah di Wilayah Moscow

Pihak Berkuasa Rusia Menyerbu Sekurang-Kurangnya 15 Buah Rumah di Wilayah Moscow

Pada awal pagi 10 Februari 2021, pihak berkuasa Rusia menyerbu sekurang-kurangnya 15 buah rumah saudara saudari di Moscow serta wilayah yang berhampiran. Polis tempatan dan negara bersama dengan pegawai Agensi Keselamatan Persekutuan (FSB) mengambil bahagian dalam serbuan itu. Para pegawai menahan beberapa orang saudara untuk disoal siasat. Sekurang-kurangnya tiga orang saudara telah ditahan di penjara.

Kita terus berdoa bagi saudara saudari kita di Rusia, dan yakin bahawa Yehuwa akan menguatkan mereka supaya tabah menghadapi penganiayaan ini.—1 Petrus 5:10.