25 NOVEMBER 2021
RUSIA
Resolusi Plenum Mahkamah Agung Rusia—Apakah Kesannya atas Saksi-Saksi Yehuwa?
Pada 28 Oktober 2021, Plenum Mahkamah Agung Rusia mengubah satu resolusi berkenaan aktiviti ekstremis. Pindaannya menunjukkan bahawa individu atau kumpulan orang yang berkumpul untuk tujuan ibadat tidak seharusnya dianggap sebagai mengambil bahagian dalam aktiviti organisasi agama yang diharamkan. Walau bagaimanapun, Saksi-Saksi Yehuwa masih menghadapi penganiayaan yang terancang daripada pihak berkuasa, kerana nampaknya tafsiran kerajaan Rusia terhadap pindaan itu sangat berbeza dari tempat ke tempat.
Sebagai contoh, sejak 28 Oktober, pihak berkuasa telah menggeledah sekurang-kurangnya 13 buah rumah Saksi, menolak rayuan Saudari Irina Lokhvitskaya, dan mensabitkan Saudari Yelena Savelyeva yang berumur 80 tahun. Yang menariknya, pada 22 November 2021, sebuah mahkamah di Vladivostok menyatakan Saudara Dmitriy Barmakin tidak bersalah dan telah membebaskannya daripada semua tuduhan.
Kita tidak tahu sama ada resolusi yang dipinda akan mengurangkan penganiayaan yang dihadapi atau menyebabkan saudara saudari kita dijatuhkan hukuman penjara yang lebih lama. Tidak kira apa yang berlaku, kita akan terus bergantung sepenuhnya pada Yehuwa untuk membantu saudara saudari kita bertabah dan meraih sukacita sementara menunggu masanya Dia memberi mereka penyelamatan yang kekal.—Mazmur 146:3-5.