24 SEPTEMBER 2021
RUSIA
Rutin Rohani Saudara Maksim Beltikov Menguatkannya
TERKINI | Mahkamah Rusia Mensabitkan Saudara Maksim Beltikov
Pada 17 Januari 2022, Mahkamah Daerah Pavlovskiy di Kawasan Krasnodar mensabitkan Saudara Maksim Beltikov dan menjatuhkan hukuman penjara selama dua tahun terhadapnya. Hukumannya segera berkuatkuasa.
Garis Masa
29 Jun 2020
Diarahkan untuk tidak meninggalkan kawasannya
23 Jun 2020
Kes jenayah dibuka. Dakwaan: “mengambil bahagian dalam sesi mengajar agama” termasuk “mengadakan dan mendengar ceramah yang berdasarkan bahan bacaan agama”
29 April 2020
Pihak berkuasa menggeledah rumah Maksim. Kemudian, dia disoal siasat
Profil
Semoga saudara saudari di Rusia terus dikuatkan oleh rutin rohani mereka dan keprihatinan rakan seiman. Kita tahu bahawa “Tuhan yang penuh dengan kasih dan kedamaian” akan terus menyertai saudara saudari yang dikasihi ini.—2 Korintus 13:11.