Lompat ke kandungan

Saudara Albert Batchaev

24 MEI 2021
RUSIA

Saudara Albert Batchaev Tetap Setia walaupun Berada dalam Tahanan

Saudara Albert Batchaev Tetap Setia walaupun Berada dalam Tahanan

TERKINI | Mahkamah Rusia Mensabitkan Saudara Albert Batchaev

Pada 6 Disember 2021, Mahkamah Bandar Cherkessk di Republik Karachaevo-Cherkessk mensabitkan Saudara Albert Batchaev bersalah dan mengenakan hukuman penjara tertangguh selama enam tahun atasnya. Dia tidak perlu dipenjarakan buat masa ini.

Profil

Albert Batchaev

  • Tahun Lahir: 1976 (Karachayevsk)

  • Biografi: Mempunyai empat adik-beradik (tiga perempuan dan satu lelaki). Ibunya telah meninggal dan dia kini menjaga bapanya yang tua. Belajar di sekolah tentera untuk menjadi peguam. Kemudian berkhidmat sebagai pegawai siasatan jenayah

    Belajar dan menjadi yakin tentang kebenaran Alkitab. Dibaptis sebagai Saksi-Saksi Yehuwa pada 2004. Berkahwin dengan isterinya Zhanna pada 2007. Kini dia melakukan kerja memasang pintu. Mempunyai keterbatasan fizikal kerana kesihatan kurang baik. Dia dan Zhanna suka bersiar-siar dengan memandu kereta. Mereka kadang-kadang berjalan di kawasan bukit dan menikmati alam semula jadi

Sejarah Kes

Pada 16 Disember 2019, pegawai Agensi Keselamatan Persekutuan (FSB) menggeladah banyak rumah di Cherkessk. Akibatnya, ramai saudara saudari diberkas.

Kemudian pada hari keesokannya, semua dilepaskan kecuali Saudara Albert Batchaev. Dia dimasukkan ke pusat tahanan sementara selama kira-kira 72 jam dan didakwa mengaturkan orang untuk menyanyi dan berdoa kepada Yehuwa. Selepas Albert dikenakan tuduhan jenayah, kawan-kawannya memberitahu bahawa mereka telah diekori oleh pihak berkuasa.

Albert mengingat kembali, “Saya dikurung dalam pusat tahanan sementara. Apabila saya dengar bunyi pintu penjara ditutup dan rantai besi dikunci, saya berasa sangat gementar. Saya ingat saya tidak dapat keluar lagi. Saya tentu mati di sini. Saya juga sangat risau tentang apa akan terjadi kepada isteri saya dan saudara saudari lain.”

Albert ditahan sebelum perbicaraan untuk hampir dua bulan dan seterusnya menjadi tahanan rumah. Tetapi selepas seminggu ditahan di rumah, dia dimasukkan lagi ke pusat tahanan. Kali ini, dia dikurung untuk tujuh minggu. Albert mengenang, “Di penjara, terutamanya semasa dalam tahanan seorang diri, saya lebih menghargai betapa pentingnya rutin rohani yang baik dan selalu sibuk dalam kerja penyebaran yang saya lakukan dahulu. Sekarang semua itu telah bantu saya untuk tidak jadi lemah dan putus asa. Sebaliknya iman, ketabahan, harapan, dan kasih saya kepada Yehuwa dan orang lain terus dikuatkan.”

Albert dapat memperoleh sebuah Bible walaupun susah untuk mendapatkannya dalam penjara. Dia menjelaskan, “Bible telah menjadi talian hayat bagi saya. Ia melegakan hati saya agar saya tidak putus harapan atau terlalu khuatir akan orang kesayangan.” Dalam Bible, contoh orang yang setia dan bagaimana mereka dipenjarakan dan dianiaya dengan teruk telah lebih menyentuh hatinya. Albert menjelaskan, “Kisah mereka menjadi lebih nyata bagi saya semasa di penjara. Mereka seolah-olah menjadi sangat rapat dengan saya. Kini saya mempunyai begitu banyak sahabat pada zaman dahulu dan sekarang.”

Pada April 2020, mahkamah telah mengarahkan Albert ditahan semula di rumah untuk dua bulan. Tetapi kemudian, tempoh itu dilanjutkan sebanyak empat kali. Tempoh tahanan terkini telah mula pada akhir Mac dan sepatutnya tamat pada akhir Jun 2021.

Kita pasti Yehuwa akan terus memelihara dan mengukuhkan Saudara Batchaev dan semua hamba-Nya yang setia di bawah cubaan.—1 Tawarikh 29:12.