10 FEBRUARI 2021
RUSIA
Saudara Aleksandr Ivshin Dijatuhkan Hukuman Penjara Tujuh Tahun Setengah, Hukuman Paling Berat Sejak Sekatan 2017
Pada 10 Februari 2021, Mahkamah Daerah Abinskiy di Kawasan Krasnodar, Rusia, menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun setengah atas Saudara Aleksandr Ivshin, yang berumur 63 tahun. Ini merupakan hukuman paling berat yang dijatuhkan ke atas seorang Saksi Yehuwa sejak organisasi diharamkan pada 2017.
Pihak berkuasa membuka kes jenayah terhadap Saudara Ivshin pada 23 April 2020. Dia dituduh melakukan “jenayah” mengaturkan aktiviti keagamaan melalui persidangan video dan menyanyikan lagu rohani. Semasa pernyataannya yang terakhir kepada mahkamah, dia menjelaskan dengan terperinci kepercayaannya yang berdasarkan Bible. Dia berkata, “Mahkamah yang dihormati, pendirian hidup saya adalah berdasarkan prinsip Bible, yang tidak mengandungi unsur ekstremis mahupun kebencian.”