Lompat ke kandungan

Saudara Aleksandr Nikolayev bersatu semula dengan isterinya Yevgeniya, lima orang anak mereka, dan ibu Yevgeniya

21 SEPTEMBER 2023
RUSIA

Saudara Aleksandr Nikolayev Dibebaskan dari Penjara di Rusia

Saudara Aleksandr Nikolayev Dibebaskan dari Penjara di Rusia

Pada 19 September 2023, Saudara Aleksandr Nikolayev telah dibebaskan dari penjara di Rusia. Dia telah ditahan selama hampir dua tahun. Setelah keluar, Aleksandr disambut oleh isterinya, lima orang anak mereka, dan saudara saudari lain.

Pada awal tahun 2021, rumah keluarga Nikolayev telah diserbu oleh pihak polis dan pegawai FSB. Kemudian, Aleksandr didakwa dan disabitkan bersalah hanya kerana dia berbual tentang Bible dengan keluarga dan kawan-kawannya.

Sebelum dia ditangkap, Aleksandr menjelaskan perkara yang membantunya untuk tetap setia. Dia kata, “Rasa takut hanya akan melumpuhkan saya dan membuat saya susah berfikir dengan wajar. Jadi saya berusaha melawan perasaan takut akan manusia dan takut akan apa yang mungkin berlaku. Saya berdoa kepada Yehuwa supaya kuatkan iman saya, dan Dia telah menunaikan permintaan saya.”

Kita bergembira kerana Saudara Aleksandr sudah bebas dan dapat kembali ke pangkuan keluarganya. Yehuwa pasti amat “berkenan” kepada umat-Nya yang teguh dan setia bahkan semasa dianiaya.—Mazmur 149:4.