30 OGOS 2024
RUSIA
Saudara Aleksandr Salnikov Dijatuhkan Hukuman Penjara Tertangguh Enam Tahun
Pada 22 Ogos 2024, Mahkamah Daerah Ordzhonikidzevskiy di Magnitogorsk di Wilayah Chelyabinsk mensabitkan Saudara Aleksandr Salnikov. Dia dijatuhkan hukuman penjara tertangguh enam tahun. Dia tidak perlu dipenjarakan buat masa ini.
Profil
Kita sangat bersyukur untuk tahu bahawa Tuhan kita yang murah hati akan sentiasa bantu kita memupuk sifat-sifat yang kita perlukan untuk tetap tabah semasa menghadapi cabaran.—Galatia 5:22, 23.
Garis Masa
18 April 2023
Kes jenayah dibuka. Didakwa mengaturkan perjumpaan menerusi persidangan video
20 April 2023
Beberapa rumah di Magnitogorsk digeledah, termasuk rumah Aleksandr. Aleksandr ditahan dan dipenjarakan di pusat tahanan sementara
22 April 2023
Dibebaskan dari pusat tahanan dan dikenakan sekatan perjalanan
14 Mei 2024
Perbicaraan kes jenayah bermula
22 Ogos 2024
Disabitkan dan dijatuhkan hukuman penjara tertangguh enam tahun