Lompat ke kandungan

Saudara Aleksandr Shcherbina selepas dibebaskan dari penjara. Sisipan: Saudara saudari menyambut Aleksandr

28 FEBRUARI 2023
RUSIA

Saudara Aleksandr Shcherbina Dibebaskan dari Penjara

Saudara Aleksandr Shcherbina Dibebaskan dari Penjara

Pada 22 Februari 2023, Saudara Aleksandr Shcherbina telah dibebaskan dari penjara koloni di Rostov-on-Don, Rusia, setelah dikurung untuk hampir dua tahun (79 hari di pusat tahanan sebelum perbicaraan; 609 hari di penjara koloni).

Sebelum kes perbicaraannya berakhir, Aleksandr menceritakan bagaimana kisah Bible tentang Mordekhai telah menggalakkannya. Dia kata, “Mordekhai tidak takut terhadap Haman. Walaupun Haman mengugut dan mengancamnya, Mordekhai tetap setia kepada Yehuwa tidak kira apa berlaku. Teladannya telah bantu saya untuk tetap berani.”

Kita amat bangga dengan Aleksandr kerana dia terus “berpegang teguh pada iman” biarpun dilanda cabaran besar. (1 Korintus 16:13) Dengan berkat Yehuwa, Aleksandr dapat bersatu semula dengan keluarga dan kawan-kawannya. Kita turut bersukacita atas berita baik ini.