Lompat ke kandungan

Saudara Aleksey Budenchuk bersama anak lelakinya, Yegor; anak perempuannya, Sofiya; dan isterinya, Tatyana

7 JULAI 2021
RUSIA

Saudara Aleksey Budenchuk Dibebaskan dari Penjara Rusia

Saudara Aleksey Budenchuk Dibebaskan dari Penjara Rusia

Pada 6 Julai 2021, Saudara Aleksey Budenchuk telah dibebaskan dari penjara di bandar Orenburg selepas selesai menjalani hukumannya. Dia ialah salah seorang daripada enam saudara dari bandar Saratov yang telah dipenjarakan pada September 2019. Kini, tiga antara mereka masih dipenjarakan. Keluarga dan sahabat Aleksey telah membuat perjalanan lebih daripada 800 kilometer agar dapat menyambutnya semasa dia dibebaskan. Dia akan pulang ke Saratov bersama keluarganya.