Lompat ke kandungan

Saudara Anatoliy Tokarev bersama anak lelakinya Andrey, isterinya Margarita, dan anak perempuannya Yekaterina

8 OKTOBER 2020
RUSIA

Saudara Anatoliy Tokarev Mungkin Akan Dipenjarakan Selama Tiga Tahun Setengah di Rusia

Saudara Anatoliy Tokarev Mungkin Akan Dipenjarakan Selama Tiga Tahun Setengah di Rusia

Keputusan Mahkamah

Pada 23 Oktober 2020, a Mahkamah Daerah Oktyabrsky di Kirov dijadualkan untuk mengumumkan keputusan kes Saudara Anatoliy Tokarev. Dia mungkin akan dipenjarakan selama tiga tahun setengah.

Profil

Anatoliy Tokarev

  • Tahun Dilahirkan: 1958 (Baranovskaya, Kawasan Kirov)

  • Biografi: Dibesarkan oleh ibunya. Bekerja sebagai jurutera perisian sebelum bersara. Suka fotografi, dan bermain catur dan akordion. Berkahwin dengan Margarita pada tahun 1979. Mereka ada dua orang anak

  • Kerana dia pernah mengkaji sains, dia tidak percaya bahawa Tuhan wujud. Pada umur 27 tahun, dia mula belajar Bible dengan Saksi-Saksi Yehuwa dan sedar bahawa kepercayaan Kristian tidak bercanggah dengan sains

Sejarah Kes

Pada 24 Mei 2019, para pegawai daripada Pusat Membanteras Ekstremis di Rusia menceroboh apartmen keluarga Tokarev. Mereka menyoal Saudara Tokarev. Mereka juga mengatakan bahawa jika Saudara Tokarev tidak mengaku melakukan aktiviti “ekstermis,” keluarganya akan didakwa. Kemudian Saudara Tokarev dibawa ke pejabat siasatan untuk disoal dengan lebih lanjut.

Hampir lima bulan kemudian, Saudara Tokarev disabit bersalah di bawah dua perkara daripada Kanun Jenayah Persekutuan Rusia. Dia dituduh memberikan bantuan kewangan kepada organisasi “ekstremis.” Pihak pendakwa juga mengemukakan rakaman audio yang dibuat di dalam apartmen keluarga Tokarev tanpa pengetahuan mereka. Rakaman itu digunakan untuk menuduh bahawa Anatoliy mengaturkan perjumpaan yang mengkaji bahan bacaan “ekstremis.”

Kita berdoa untuk Saudara Tokarev dan keluarganya. Kita yakin bahawa Yehuwa akan memperlakukan mereka dengan setia.—Mazmur 18:25.

a Mungkin berubah