6 SEPTEMBER 2019
RUSIA
Saudara Andrzej Oniszczuk Dibebaskan Selepas Dipenjarakan Seorang Diri Selama 11 Bulan
Pada 3 September 2019, Saudara Andrzej Oniszczuk telah dibebaskan dari penjara di Rusia. Dia dipenjarakan sejak 9 Oktober 2018 hanya kerana mengamalkan kepercayaannya. Sepanjang masa itu, dia dikurung dalam sel pengasingan dan tidak dibenarkan untuk berjumpa atau bercakap dengan isterinya, Anna. Walaupun dia boleh pulang ke rumah, dia perlu mematuhi sekatan tertentu dan tidak boleh melangkaui kawasan yang ditetapkan. Kes siasatan jenayahnya masih berlanjutan.
Kita bersukacita kerana Saudara Andrzej Oniszczuk dan isterinya mengekalkan iman yang teguh pada saat yang susah ini. Kita bersyukur kerana Yehuwa menjawab semua doa yang diucapkan bagi mereka yang “dibelenggu di dalam penjara.”—Kolose 4:2, 3.