28 APRIL 2021
RUSIA
Saudara Anton Ostapenko Dikuatkan kerana Berdoa dan Menyanyi Lagu Rohani biarpun Ditahan
Keputusan Mahkamah
Mahkamah Bandar Sharypovo di Kawasan Krasnoyarsk bakal mengumumkan keputusan yang melibatkan kes Saudara Anton Ostapenko. a
Profil
Anton Ostapenko
Tahun Lahir: 1991 (Ekibastuz, Kazakhstan)
Biografi: Bekerja sebagai inspektor boiler di sebuah loji kuasa. Semasa remaja, dia dan kakaknya belajar Bible dengan ibunya. Dibaptis sebagai Saksi Yehuwa pada 2005
Berkahwin dengan Natalya pada 2015. Mereka gemar bermain papan luncur salji dan ski. Anton juga suka bermain gitar dan tenis, serta memancing
Sejarah Kes
Pada 19 April 2019, pihak berkuasa di Sharypovo menyerbu 10 buah rumah Saksi-Saksi Yehuwa dan menyoal siasat saudara saudari di sana. Saudara Anton Ostapenko ditangkap dan ditahan sebelum perbicaraan sehingga dia dibebaskan pada 20 Disember 2019. Dia didakwa mengatur kegiatan sebuah organisasi yang “ekstremis.”
Selama enam bulan dalam tahanan, Anton beberapa kali menoleh daripada kamera, dan pergi ke tempat cuci tangan di selnya, lalu menangis kerana tidak tahan lagi.
Tapi doa menjadi sumber kekuatan bagi Anton. Dia berkata, “Saya memohon supaya Yehuwa bantu saya bertabah.” Dia menambah, “Ada banyak yang saya harus belajar. Di sana, saya bertumbuh secara rohani dan jadi semakin kuat. . . . Apabila berdepan dengan kesukaran sebegini, kita belajar secara praktikal dan bukan hanya teori saja. Dalam penjara, kita tidak selalu ada Bible. Jadi sebelum ditahan, saya sekadar baca tentang Yehuwa. Tapi di sini, saya memahami Yehuwa dengan lebih mendalam. Sesungguhnya, saya rasa sangat gembira! Dia bukan sahaja Tuhan Maha Kuasa, tapi Dia menjadi Bapa yang pengasih dan yang benar-benar memahami keadaan saya. Dia bantu dan sokong saya dalam cara yang tidak pernah saya bayangkan sebelum itu, dan bantuan-Nya selalu tiba tepat pada masanya.”
Anton juga dikuatkan menerusi lagu-lagu rohani. Dia menyambung, “Saya selalu nyanyi lagu rohani bersama isteri saya. Jadi, kami telah hafal lagu-lagu itu. Saya dapat rasakan manfaatnya semasa berada dalam tahanan. Selepas lampu padam, saya gembira sekali kerana saya boleh berdoa dan bernyanyi. Hasilnya, saya dapat tidur dengan hati yang tenang.”
Sambil menunggu keputusan mahkamah, Anton dapat bekerja untuk mencari nafkah. Namun, dia tidak boleh meninggalkan kawasan Sharypovo. Sekatan ini menyebabkan dia tidak dapat hantar ibunya untuk rawatan perubatan.
Kita berdoa dengan penuh keyakinan semoga Yehuwa akan terus memberi kedamaian kepada saudara saudari kita yang tabah mengharungi penganiayaan.—Yohanes 14:27.
[Nota kaki]
a Tarikh keputusan mahkamah belum diumumkan.