Lompat ke kandungan

Saudara Dennis Christensen dalam bilik mahkamah pada tahun 2018

8 JULAI 2020
RUSIA

Saudara Christensen Terpaksa Berada di Sel Hukuman selama 5 Hari Lagi

Saudara Christensen Terpaksa Berada di Sel Hukuman selama 5 Hari Lagi

Saudara Dennis Christensen dijadualkan untuk dibebaskan dari sel hukumannya a pada 6 Julai 2020. Tetapi pada hari yang sama, penjara Lgov telah menambahkan lima hari kepada tempoh hukumannya. Mereka berbuat demikian atas tuduhan palsu, termasuk tuduhan bahawa Saudara Christensen tidak menepati masa.

Saudara Christensen memberitahu peguamnya bahawa pihak berkuasa sedang menipu untuk menghalang dia daripada dibebaskan lebih awal. Sebenarnya, sejak lebih daripada setahun yang lalu, saudara kita sudah layak untuk memohon agar dapat dibebaskan lebih awal. Dia sudah membuat empat permohonan, tetapi mahkamah Lgov dan pegawai penjara telah cuba menghalang pembebasannya.

Pihak berkuasa Rusia terus melontarkan tuduhan terhadap rakan seiman kita di Rusia. Namun kita yakin bahawa Yehuwa akan terus membantu mereka untuk bertenang dan “melindungi mereka seperti sebuah perisai yang besar.”—Mazmur 5:12; 119:69.

a Dalam rencana sebelumnya, kita menyatakan bahawa Saudara Christensen ditempatkan dalam sebuah sel di blok hukuman khas (EPKT) yang biasanya digunakan untuk penjenayah yang berbahaya. Sekarang, kita tahu bahawa dia sebenarnya ditempatkan di kawasan SHIZO di bangunan yang sama. Biasanya, SHIZO digunakan bagi banduan yang melakukan kesalahan kecil.