19 JUN 2024
RUSIA
Saudara Denis Antonov dan Aleksandr Korolev Dibebaskan dari Penjara di Rusia
Pada 14 Jun 2024, Saudara Denis Antonov dan Aleksandr Korolev telah dibebaskan dari penjara yang terletak di Molochnitsa, Rusia. Mereka telah disabitkan pada 25 Ogos 2022 dan dijatuhkan hukuman penjara dua tahun. Memandangkan mereka juga telah dipenjarakan di pusat tahanan sebelum perbicaraan, tempoh hukuman mereka telah dipenuhi dan mereka boleh dibebaskan.
Isteri Denis, iaitu Olga, menceritakan perkara yang membantu mereka semasa Denis dipenjarakan. Dia kata, “Kami menulis ayat-ayat Bible dalam surat kami. Satu ayat yang telah bantu kami ialah Pengkhutbah 8:12. Salomo tulis, ‘Aku sedar bahawa orang yang takut kepada Tuhan yang benar akan beroleh kebahagiaan kerana mereka takut kepada-Nya.’ Ayat ini memberi kami keyakinan bahawa Yehuwa akan membantu kita bertabah dan tetap kuat selagi kami tidak berputus asa menyembah-Nya.”
Dalam ucapan terakhir Aleksandr di depan mahkamah, dia menjelaskan bahawa pengalamannya adalah seperti apa yang dilalui Nabi Daniel. Dia kata, “Walaupun Daniel mungkin kehilangan nyawanya, imannya menggerakkannya untuk terus menyembah dan berdoa kepada Tuhan Yehuwa. Saya terus merayu agar Tuhan memberi saya iman yang teguh seperti Daniel supaya saya dapat berjaya mengharungi semua penganiayaan.”
Kita bergembira dengan Denis dan Aleksandr kerana mereka dapat bersatu semula dengan keluarga mereka. Pengalaman mereka mengingatkan kita tentang janji di Mazmur 4:3 yang berkata, “Ketahuilah bahawa Yehuwa akan memperlakukan hamba-Nya yang setia dengan cara yang istimewa. Yehuwa akan mendengar ketika [kita] berseru kepada-Nya.”