Lompat ke kandungan

10 FEBRUARI 2021
RUSIA

Saudara Dennis Christensen Tidak Diberikan Parol

Saudara Dennis Christensen Tidak Diberikan Parol

Pada 10 Februari 2021, Mahkamah Wilayah Kursk menolak permohonan Saudara Dennis Christensen untuk dibebaskan lebih awal. Dia telah memohon mahkamah supaya menggantikan baki tempoh pemenjaraannya dengan denda. Sudah lebih daripada satu tahun Dennis layak untuk menerima parol, namun permohonannya ditolak secara berterusan.

Baru-baru ini, Dennis menulis kepada isterinya, Irina. Dia berkongsi salah satu ayat Bible kegemarannya, yang berbunyi, “Oleh itu, teruslah berbuat baik tanpa berputus asa. Jika kita tidak berputus asa, kita akan menuai hasilnya pada waktu yang ditetapkan.” (Galatia 6:9) Dia menulis dengan yakin bahawa Yehuwa akan memberi mereka ganjaran jika mereka terus berbuat baik, membantu orang lain, dan tidak berputus asa. Dia juga menyatakan bahawa semasa dia dibebaskan dari penjara, dia mahu lebih kuat secara rohani berbanding sebelum hukumannya.

Sudah hampir empat tahun Dennis dipenjarakan dan dipisahkan daripada Irina sejak Mei 2017. Dennis dan Irina terus menjadi teladan bagi kita seraya mereka menunjukkan kepercayaan kepada Yehuwa, kedamaian batin, dan tekad yang kuat untuk tetap setia.—Filipi 1:14.