Lompat ke kandungan

Saudara Dmitriy Maslov dan isterinya, Yuliya

18 MAC 2021
RUSIA

Saudara Dmitriy Maslov Mungkin Dipenjarakan kerana Berbincang Hal Rohani dengan Kawannya

Saudara Dmitriy Maslov Mungkin Dipenjarakan kerana Berbincang Hal Rohani dengan Kawannya

TERKINI | Mahkamah Rusia Menolak Rayuan

Pada 5 Oktober 2021, Mahkamah Kawasan Krasnoyarsk menolak rayuan Dmitriy. Hukuman asalnya masih berkuat kuasa.

Pada 2 Jun 2021, Mahkamah Bandar Minusinsk di Kawasan Krasnoyarsk mensabitkan Saudara Dmitriy Maslov. Dia didenda sebanyak 450,000 ruble (RM25,329).

Profil

Dmitriy Maslov

  • Tahun Lahir: 1976 (Minusinsk)

  • Biografi: Dia bersama adik lelaki dan adik perempuannya dibesarkan oleh ibu tunggalnya. Lulusan sekolah vokasional dengan ijazah dalam bidang penternakan lebah. Kini bekerja sebagai tukang paip. Gemar berbasikal, menyelam, dan bermain akordion

    Sejak kecil, dia memikirkan soalan penting tentang kehidupan. Mendapat jawapan yang jelas dan meyakinkan daripada Bible. Dibaptis pada 1994. Semasa disuruh menyertai khidmat tentera, dia meminta khidmat awam sebagai pembantah ikut nurani. Berkahwin dengan Yuliya pada 1997

Sejarah Kes

Pada petang 19 April 2019, di Minusinsk, para askar serta pegawai Jawatankuasa Siasatan dan Agensi Keselamatan Persekutuan (FSB) menyerbu rumah lima keluarga Saksi-Saksi Yehuwa. Semasa serbuan itu, seorang saudara yang berumur 76 tahun ditolak sehingga jatuh lalu tercedera. Lebih daripada 30 saudara saudari ditahan dan disoal siasat. Selepas itu, barulah mereka dibebaskan. Kemudian satu kes jenayah difailkan terhadap Dmitriy. Dia dituduh melakukan jenayah hanya kerana mengajak kawan-kawannya mendaki gunung dan berbincang hal rohani.

Kini, Dmitriy dikenakan sekatan perjalanan sambil menunggu keputusan mahkamah. Ibunya, yang bukan Saksi, menganggap tuduhan tersebut tidak adil dan tidak patut. Dia yakin bahawa anaknya mengamalkan “agama yang paling mencintai kedamaian.”

Dmitriy mendapat kelegaan hati dan keberanian kerana tahu bahawa Yehuwa akan “menunjukkan kekuatan-Nya” kepada hamba-hamba-Nya yang setia.—2 Tawarikh 16:9.