Lompat ke kandungan

Kiri ke kanan: Saudara Roman Gridasov bersama isterinya, Elvira, dan Saudara Gennadiy German bersama isterinya, Nadezhda, sejurus selepas mereka dibebaskan. Kedua-dua saudara telah dipenjarakan hampir dua tahun

30 JULAI 2021
RUSIA

Saudara Gennadiy German dan Roman Gridasov Dibebaskan dari Penjara Rusia

Saudara Gennadiy German dan Roman Gridasov Dibebaskan dari Penjara Rusia

Pada 29 Julai 2021, Saudara Gennadiy German dan Roman Gridasov telah dibebaskan setelah menjalani hukuman penjara. Mereka merupakan dua daripada lima orang saudara dari Saratov yang telah dipukul sebaik saja tiba di penjara Orenburg. Saudara Feliks Makhammadiyev dan Aleksey Budenchuk masing-masing telah dibebaskan pada bulan Januari dan Julai 2021. Saudara Aleksey Miretskiy masih dipenjarakan di Orenburg dan sedang menantikan pembebasannya yang dijadualkan pada awal Ogos 2021.