3 OGOS 2020
RUSIA
Saudara Gennady Shpakovskiy Dibebaskan dari Penjara
Pada hari Isnin, 3 Ogos 2020, Mahkamah Wilayah Pskov membuat keputusan untuk membebaskan Saudara Gennady Shpakovskiy dari penjara. Sebelum ini, Saudara Shpakovskiy dijatuhkan hukuman penjara enam tahun setengah. Tetapi kini, hukumannya diganti dengan hukuman penjara tertangguh untuk jangka masa yang sama, termasuk dua tahun pengawasan. Saudara Shpakovskiy telah dibebaskan beberapa jam selepas keputusan mahkamah dibuat. Pihak pendakwa berhak membuat rayuan untuk membantah keputusan ini.