9 JUN 2020
RUSIA
Saudara Gennady Shpakovskiy Dijatuhkan Hukuman Penjara Enam Tahun Setengah
Pada Selasa, 9 Jun 2020, Mahkamah Bandar Pskov telah menjatuhkan hukuman penjara ke atas Saudara Gennady Shpakovskiy. Saudara Shpakovskiy yang berumur 61 tahun akan dipenjarakan selama enam tahun setengah. Selepas sesi mahkamah, dia terus dibawa ke penjara. Sejak Mahkamah Agung Rusia mengharamkan kegiatan kita, ini ialah tempoh hukuman terpanjang yang dijatuhkan ke atas rakan seiman kita di Rusia. Saudara Shpakovskiy akan mengemukakan rayuan bagi kesnya.