Lompat ke kandungan

Saudara Gennady Shpakovskiy dan isterinya Tatiana

5 JUN 2020
RUSIA

Saudara Gennady Shpakovskiy Mungkin Dijatuhkan Hukuman Penjara Tujuh Tahun Setengah

Saudara Gennady Shpakovskiy Mungkin Dijatuhkan Hukuman Penjara Tujuh Tahun Setengah

Mahkamah Bandar Pskov akan mengumumkan keputusan berkenaan kes Saudara Gennady Shpakovskiy, 61 tahun, pada 8 Jun 2020. Saudara Shpakovskiy telah dituduh melakukan kegiatan “ekstremis” hanya kerana dia mengadakan perjumpaan kecil di rumahnya bersama rakan Kristian. Pihak pendakwa raya meminta agar Saudara Shpakovskiy dijatuhkan hukuman penjara selama tujuh tahun setengah.

Pada awal tahun 2018, ejen Agensi Keselamatan Persekutuan (FSB) telah mencuri dengar perbualan keluarga Saudara Shpakovskiy dan mengawasi gerak-geri mereka secara rahsia selama beberapa bulan. Pada 3 Jun 2018, jam 12:45 tengah hari, ejen FSB dan pegawai Pengawal Kebangsaan Rusia telah menyerbu apartmen Saudara Shpakovskiy. Pada waktu itu, terdapat beberapa orang rakan seimannya yang sedang berkumpul di rumahnya. Rumah Saudara Shpakovskiy telah digeledah selama enam jam.

Ejen FSB telah merampas tablet dan telefon bimbit. Para Saksi yang berada di sana pula dibawa untuk disoal siasat. Para penyiasat telah menghina mereka dan mengugut bahawa para Saksi akan dibuang kerja dan dipenjarakan atas tuduhan kegiatan jenayah. Saudara Shpakovskiy telah disoal siasat hingga jam 10 malam.

Pada 19 Mac 2019, Saudara Shpakovskiy telah didakwa mengaturkan kegiatan organisasi yang “ekstremis.” Lima bulan kemudian, dia juga didakwa “memberikan sokongan kewangan bagi kegiatan ekstremis.”

Sementara menantikan keputusan mahkamah, kita berdoa agar Yehuwa membantu Saudara Shpakovskiy dan keluarganya untuk tetap teguh. Kesetiaan dan ketabahan mereka pasti diberkati.—2 Tawarikh 15:7.