27 MAC 2020
RUSIA
Saudara Igor Ivashin Berdepan dengan Hukuman Penjara selama Tujuh Tahun di Rusia
Mahkamah Daerah Lensky di Republik Sakha akan mengumumkan keputusan berkenaan Saudara Igor Ivashin pada 31 Mac 2020. Pihak pendakwa raya telah menuntut agar dia dijatuhkan hukuman penjara selama tujuh tahun.
Pada Februari 2018, Mahkamah Bandar Yakutsk telah mengizinkan pihak polis untuk mendengar perbualan telefon (wiretapping) Saudara Ivashin. Beberapa bulan kemudian, pihak berkuasa menyerbu rumah lapan orang Saksi, termasuk rumah Saudara Ivashin. Dia dan 21 Saksi lain telah ditahan di balai polis dan disoal siasat. Pihak pendakwa raya menuduh bahawa Saudara Ivashin telah mengaturkan aktiviti sebuah organisasi “ekstremis.”
Pada 20 November 2019, kes Saudara Ivashin dikembalikan kepada pendakwa raya kerana tiada bukti yang menunjukkan bahawa dia telah melakukan jenayah. Pendakwa raya telah membuat rayuan, dan kemudiannya kes itu dikembalikan kepada mahkamah daerah untuk dibicarakan semula. Perbicaraan telah bermula pada awal Februari 2020.
Saudara Ivashin dan isterinya, Natalia, mempunyai dua orang anak perempuan. Kita berdoa agar keluarga Saudara Ivashin tetap “tabah menempuh segala sesuatu dengan sabar dan sukacita.”—Kolose 1:11.