Lompat ke kandungan

Saudara Igor Tsarev

28 JANUARI 2021
RUSIA

Saudara Igor Tsarev Mungkin Dipenjarakan selama Empat Tahun kerana Belajar Bible

Saudara Igor Tsarev Mungkin Dipenjarakan selama Empat Tahun kerana Belajar Bible

Keputusan Mahkamah

Pada 1 Februari 2021, a Mahkamah Daerah Birobidzhan di Wilayah Autonomi Yahudi, dijadualkan untuk mengumumkan keputusannya dalam kes yang melibatkan Saudara Igor Tsarev. Dia mungkin dipenjarakan selama empat tahun.

Profil

Igor Tsarev

  • Tahun Lahir: 1974 (Birakan, Wilayah Autonomi Yahudi)

  • Biografi: Dia mempunyai dua adik perempuan. Semasa di bangku sekolah, dia bekerja sebagai pembalak, tukang kayu, dan juruelektrik demi menyara kehidupan keluarganya. Suka memancing dan menikmati keindahan alam

  • Semasa berkhidmat dalam tentera, dia mula memikirkan tujuan hidup. Usahanya itu membuka jalan bagi dia dan ayahnya untuk belajar Bible. Dia dibaptis pada 1997. Berkahwin dengan isterinya, Viktoriya, pada 1998. Mereka mempunyai seorang anak perempuan yang masih bersekolah

Sejarah Kes

Pihak berkuasa Rusia membuka kes jenayah terhadap Saudara Igor Tsarev pada 30 Julai 2019. Dia dituduh kerana belajar Bible “supaya dapat menyebarkan ajaran Saksi-Saksi Yehuwa.” Video tentang perjumpaan agama yang dirakamkan secara rahsia oleh pegawai Agensi Keselamatan Persekutuan (FSB) telah dikemukakan sebagai bukti ke atas Igor. Yang peliknya, pihak pendakwa meminta agar perbicaraan mahkamah tidak dibuka kepada umum. Menurut pihak pendakwa, permintaan itu perlu untuk mengelak para pendengar daripada diyakinkan oleh Igor sehingga menjadi Saksi-Saksi Yehuwa. Mahkamah meluluskan permintaan itu.

Igor berkata, “Tidak lama lagi, keputusan mahkamah akan mengubah banyak perkara dalam hidup saya. Sebenarnya, sekarang pun hidup saya sudah berubah. Saya berada di bawah sekatan tertentu dan pergerakan saya dihadkan. Di tempat kerja, saya terpaksa menjelaskan kepada bos mengapa polis menyiasat saya. Bos dan rakan sekerja saya rasa susah untuk memahami sebab saya dilayan begitu, tetapi mereka mengakui bahawa orang Kristian memang selalu ditentang.”

Semoga kita berdoa untuk Igor dan keluarganya. Kita tahu bahawa Yehuwa akan ‘menguatkan hati dan fikiran mereka dengan kuasa suci-Nya.’—Efesus 3:16.

a Tertakluk kepada perubahan.