Lompat ke kandungan

Saudara Khasan Kogut dan isterinya Yekaterina, bersama anak lelaki mereka, Timofey, yang berumur lapan tahun

24 OGOS 2020
RUSIA

Saudara Kogut Dipisahkan daripada Keluarga dan Mungkin Dipenjarakan selama Dua Tahun

Saudara Kogut Dipisahkan daripada Keluarga dan Mungkin Dipenjarakan selama Dua Tahun

Keputusan Mahkamah

Dijangka pada 31 Ogos 2020, a Mahkamah Bandar Berezovsky di Wilayah Kemerovo

Hukuman

Mungkin dipenjarakan dua tahun

Profil

Khasan Kogut

  • Tahun Lahir: 1983 (Shahrisabz, Uzbekistan)

  • Biografi: Mula berminat tentang Bible sekitar tahun 1995. Berpindah ke Rusia pada 2004 dan menjadi warganegara Rusia. Berkahwin dengan Yekaterina pada 2010. Anak lelaki mereka, Timofey, dilahirkan pada 2012

Sejarah Kes

Pada Julai 2018, pegawai kerajaan menggeledah lapan buah rumah Saksi dan merampas barang elektronik mereka. Beberapa bulan kemudian, pihak berkuasa meminta Saudara Kogut dan isterinya untuk datang ke balai polis kononnya untuk mengambil barang milik mereka. Setibanya di situ, iaitu pada 6 Februari 2019, polis menahan Saudara Kogut dan mendakwanya terlibat dalam kegiatan organisasi yang “ekstremis.” Dakwaan ini dilontarkan kerana Saudara Kogut telah menjalankan aktiviti rohani.

Setelah ditahan di balai polis selama dua hari, Saudara Kogut dibebaskan dan diarahkan untuk tidak meninggalkan rumahnya. Dia ditahan di rumahnya selama lebih daripada 200 hari sehingga Ogos 2019. Beberapa minggu kemudian, perbicaraannya atas tuduhan jenayah bermula.

Sementara menantikan keputusan mahkamah, kita yakin bahawa Saudara Kogut dan keluarganya akan terus bergantung pada Yehuwa kerana Dia mengambil berat tentang mereka.—1 Petrus 5:7.

a Mungkin berubah