Lompat ke kandungan

Kiri ke kanan: Saudara Konstantin Bazhenov, isterinya Snezhana, dan Saudari Vera Zolotova

21 SEPTEMBER 2020
RUSIA

Saudara Konstantin Bazhenov, Isterinya, dan Saudari Berumur 73 Tahun Menghadapi Tuduhan Jenayah di Rusia

Saudara Konstantin Bazhenov, Isterinya, dan Saudari Berumur 73 Tahun Menghadapi Tuduhan Jenayah di Rusia

Keputusan Mahkamah

Pada 25 September 2020, a Mahkamah Daerah Yelizovsky di Kawasan Kamchatka dijadualkan untuk mengumumkan keputusan kes yang melibatkan Saudara Konstantin Bazhenov, isterinya Snezhana, dan Saudari Vera Zolotova. Pihak pendakwa telah memohon supaya Saudara dan Saudari Bazhenov didenda 600,000 ruble (RM 32,579) dan Saudari Zolotova 400,000 ruble (RM 21,713).

Profil

Konstantin Bazhenov

  • Tahun Lahir: 1977 (Petropavlovsk-Kamchatsky, Kawasan Kamchatka)

  • Biografi: Anak sulung dalam kalangan empat adik-beradik. Pernah bekerja sebagai mekanik dan mengajar di sekolah teknikal. Suka memancing

  • Pada tahun 2001, dia mengahwini Snezhana, yang juga seorang guru. Mereka mempunyai seorang anak perempuan, Elizabeth. Keluarga Bazhenov ialah penyembah Yehuwa

    Snezhana Bazhenova

  • Tahun Lahir: 1977 (Pulau Shikotan, Oblast Sakhalin)

  • Biografi: Dibesarkan dalam keluarga tunggal. Suka kanak-kanak dan gemar mengajar pelajar sekolah rendah. Buat masa ini, tidak dibenarkan untuk bergaul dengan orang muda kerana tuduhan jenayah

  • Belajar tentang Tuhan dan cara berdoa daripada neneknya. Oleh itu, dia memupuk kasih terhadap Tuhan dan Bible

Vera Zolotova

  • Tahun Lahir: 1946 (Yelizovo, Kawasan Kamchatka)

  • Biografi: Dibesarkan dalam keluarga yang besar. Pada tahun 1966, dia berkahwin dengan Yuri Zolotov. Mereka ada dua orang anak. Vera ialah seorang akauntan yang sudah bersara. Suka aktiviti kembara, bermain ski, dan meluncur ais

  • Selama bertahun-tahun, dia mencari Tuhan dan mengkaji banyak agama yang berbeza. Dia bersyukur kerana akhirnya dapat belajar bahawa Tuhan itu adil dan mengasihi manusia. Suaminya bukan Saksi, tetapi kagum dengan pengaruh baik Bible atas kelakuannya

Sejarah Kes

Pada 19 Ogos 2018, polis menggeledah tiga rumah Saksi di bandar Yelizovo. Seramai 11 orang saudara saudari ditangkap. Mereka disoal siasat selama berjam-jam. Akhirnya, lapan orang daripada mereka dibebaskan. Tetapi pihak berkuasa memfailkan tuduhan jenayah atas Saudara Bazhenov, isterinya, dan Saudari Zolotova. Mereka dimasukkan ke dalam pusat tahanan sementara. Selepas dua hari, kedua-dua saudari itu dibebaskan. Seorang hakim mengarahkan agar Saudara Bazhenov terus ditahan. Dia dibebaskan lapan hari kemudian.

Sementara menunggu keputusan mahkamah, kita berdoa agar pasangan Bazhenov dan Saudari Zolotova akan terus percaya kepada Yehuwa dengan sepenuhnya. Bible meyakinkan kita bahawa Yehuwa akan mengurniai penyembah-Nya yang setia dengan sukacita dan kedamaian supaya ‘dengan kuasa suci Tuhan, harapan mereka bertambah kukuh.’—Roma 15:13.

a Mungkin berubah