Lompat ke kandungan

Saudara Konstantin Guzev

19 FEBRUARI 2021
RUSIA

Saudara Konstantin Guzev Disabitkan Bersalah kerana Imannya

Saudara Konstantin Guzev Disabitkan Bersalah kerana Imannya

TERKINI | Rayuan Saudara Konstantin Guzev Ditolak

Pada 13 Mei 2021, mahkamah di Wilayah Autonomi Yahudi menolak rayuan Saudara Guzev. Hukuman asalnya, iaitu hukuman penjara tertangguh dua tahun dan enam bulan, kini berkuat kuasa. Dia tidak perlu dipenjarakan buat masa ini.

Keputusan Mahkamah

Pada 18 Februari 2021, Mahkamah Daerah Birobidzhan di Wilayah Autonomi Yahudi menjatuhkan hukuman penjara tertangguh selama dua tahun setengah atas Saudara Konstantin Guzev. Dia tidak perlu dipenjarakan buat masa ini.

Profil

Konstantin Guzev

  • Tahun Lahir: 1964 (Khabarovsk)

  • Biografi: Dibesarkan dalam keluarga yang mempunyai bapa yang kaki botol dan ganas. Menyoal tentang tujuan hidup. Kerana tidak menemui jawapan, dia menyalahgunakan dadah dan alkohol. Kemudian, dia mula belajar Bible dengan Saksi-Saksi Yehuwa. Mendapat jawapan yang memuaskan. Membuat perubahan yang besar dalam kehidupannya. Dibaptis pada 2000. Berkahwin dengan isterinya, Anastasiya, pada 2001

Sejarah Kes

Pada Mei 2018, pihak berkuasa menggeladah rumah Konstantin. Serbuan itu merupakan sebahagian daripada operasi “Hari Penghakiman.” Ketika operasi itu berlangsung, 150 pegawai penguat kuasa membongkar rumah-rumah di sekitar bandar Birobidzhan. Pada 29 Julai 2019, pihak berkuasa membuka kes jenayah terhadap Konstantin. Dia didakwa “mengatur kegiatan sebuah organisasi yang diharamkan” hanya kerana mengadakan perjumpaan keagamaan.

Sejumlah 19 kes yang berasingan telah difailkan ke atas 22 Saksi-Saksi Yehuwa di wilayah itu, termasuk Anastasiya, yang merupakan isteri Konstantin.

Teladan saudara saudari di Rusia yang berani telah menyemarakkan keberanian Konstantin dan Anastasiya. Konstantin menjelaskan, “Saya telah melihat dengan mata sendiri dan mendengar dengan telinga sendiri bagaimana saudari-saudari yang pada mulanya kata mereka akan berdiam diri di mahkamah. . . . Tapi dengan bantuan Yehuwa dan doa daripada saudara saudari, mereka bercakap dengan hebat sekali dan mempertahankan iman mereka.”

Hati kita bersatu dengan saudara saudari di Rusia. Kita juga berdoa untuk mereka. Kita yakin bahawa rancangan untuk mematahkan iman mereka akan gagal kerana Yehuwa menyertai mereka.—Yesaya 8:10.