Lompat ke kandungan

Dari kiri ke kanan: Saudara Roman Markin dan Saudara Viktor Trofimov sebelum mereka ditangkap

17 JANUARI 2020
RUSIA

Saudara Markin dan Saudara Trofimov Berdepan dengan Hukuman Penjara Selama Enam Tahun Setengah

Saudara Markin dan Saudara Trofimov Berdepan dengan Hukuman Penjara Selama Enam Tahun Setengah

Keputusan bagi kes Saudara Roman Markin dan Saudara Viktor Trofimov dijangka akan diumumkan pada 22 Januari 2020. Pihak pendakwa raya telah menuntut agar mereka dihukum penjara selama enam tahun setengah.

Detik sukar kedua-dua saudara ini bermula pada 18 April 2018 apabila pasukan gerak khas yang bersenjata dan bertopeng menyerbu rumah mereka di bandar Polyarny, Rusia. Pada lewat malam, polis tiba di rumah Saudara Markin dan merempuh pintu rumahnya. Mereka mengugut Saudara Markin dengan senjata automatik dan memaksanya untuk meniarap di atas lantai semasa mereka memeriksa rumahnya. Anak perempuan Saudara Markin yang berumur 16 tahun juga meniarap di atas lantai sambil meletak tangan di atas kepalanya.

Empat buah rumah Saksi yang lain di Polyarny juga diserbu pada malam itu. Polis menangkap lebih daripada 12 orang saudara saudari termasuk Saudara Markin dan Trofimov untuk disoal siasat. Selepas itu, Mahkamah Daerah Polyarny di Murmansk memutuskan untuk menahan Saudara Markin dan Trofimov sebelum dibicarakan. Mereka ditahan di penjara selama hampir enam bulan dan kemudiannya ditahan di rumah selama empat bulan. Pada 7 Februari 2019, mahkamah memutuskan bahawa mereka tidak lagi menjadi tahanan di rumah. Namun demikian, selagi keputusan bagi kes mereka belum dikeluarkan, mereka masih tidak bebas untuk berkomunikasi dan pergi ke mana-mana.

Sehingga kini, hampir 300 orang Saksi berdepan dengan tuduhan jenayah di Rusia. Kita berdoa agar mereka semua tetap berani, bertabah, dan yakin bahawa tiada apa-apa pun yang boleh memisahkan mereka daripada kasih Yehuwa.—Roma 8:38, 39.