11 FEBRUARI 2020
RUSIA
Saudara Mikhail Popov dan Isterinya, Yelena, Sedang Menunggu Keputusan Mahkamah Rusia yang Dijangka Akan Diumumkan pada 13 Februari 2020
Mahkamah Bandar Vilyuchinsk dijangka akan mengumumkan keputusan berkenaan kes Saudara Mikhail Popov dan Saudari Yelena Popova pada hari Khamis, 13 Februari 2020. Mereka telah ditangkap di Kamchatka pada 30 Julai 2018 atas tuduhan melakukan “kegiatan ekstremis,” dan dibebaskan pada 9 Ogos 2018.
Semasa menghadapi situasi yang mencabar ini, Mikhail dan Yelena terus bergantung pada Yehuwa. Kita yakin bahawa Yehuwa pasti akan menjadi “tempat naungan dan kekuatan” bagi mereka.—Mazmur 46:1.