Lompat ke kandungan

Saudara Semyon Baybak

25 NOVEMBER 2020
RUSIA

Saudara Muda yang Bernama Semyon Baybak Dihadapkan ke Mahkamah Jenayah kerana Imannya

Saudara Muda yang Bernama Semyon Baybak Dihadapkan ke Mahkamah Jenayah kerana Imannya

Keputusan Mahkamah

Pada 18 Disember 2020, a Mahkamah Daerah Leninskiy di Rostov-on-Don dijadualkan untuk mengumumkan keputusan kes Saudara Semyon Baybak. Pihak pendakwa telah meminta mahkamah untuk mengenakan hukuman penjara tertangguh empat tahun ke atas Semyon.

Profil

Semyon Baybak

  • Tahun Lahir: 1997 (Rostov-on-Don)

  • Biografi: Ada seorang abang dan seorang kakak. Pandai bahasa Cina dan bekerja sebagai guru bahasa Cina. Suka menulis dan membaca sajak

  • Sejak kecil lagi, dia belajar tentang Yehuwa daripada ibu bapanya. Dia beransur-ansur menghargai nasihat Bible yang bijaksana. Iman menggerakkannya untuk menolak khidmat tentera atas dasar hati nurani. Dari tahun 2015 hingga 2017, dia melakukan khidmat awam alternatif dengan bekerja sebagai penjaga bangunan di sebuah hospital kanak-kanak

Sejarah Kes

Pada 22 Mei 2019, para pegawai dari pusat membanteras kegiatan ekstremis menyerbu 13 buah rumah Saksi-Saksi Yehuwa di Rostov-on-Don. Kira-kira dua minggu kemudian, iaitu pada 6 Jun 2019, pihak berkuasa memfailkan kes jenayah terhadap Semyon. Berikutan itu, dia ditangkap dan ditahan selama satu hari di bilik tahanan sementara. Kemudian, mahkamah mengarahkan supaya dia ditahan di rumah selama lapan minggu. Tetapi hukuman itu dilanjutkan sebanyak tujuh kali.

Pihak berkuasa menuduh bahawa Semyon melakukan “jenayah” kerana menyertai perjumpaan keagamaan dan mengongsi ajaran Bible dengan orang lain. Pada November 2019, mereka juga menuduh bahawa Semyon membiayai organisasi “ekstremis.”

Meskipun saudara saudari di Rusia terus dianiaya, kita yakin bahawa Yehuwa, “Tuhan kedamaian,” akan terus melengkapi mereka dengan segala perkara yang diperlukan “untuk melakukan kehendak-Nya.”—Ibrani 13:20, 21.

a Mungkin berubah.