27 SEPTEMBER 2023
RUSIA
Saudara Nikolay Voishchev Dijatuhkan Hukuman Penjara Tiga Tahun
Pada 14 September 2023, Mahkamah Bandar Maykop di Republik Adygeya mensabitkan Saudara Nikolay Voishchev. Dia dijatuhkan hukuman penjara tiga tahun. Dia berada dalam tahanan sejak 20 Oktober 2022 dan akan terus ditahan.
Profil
Sememangnya, kita berdukacita kerana mendengar bahawa Saudara Nikolay akan dipenjarakan. Namun, kita yakin bahawa Yehuwa akan menjadi sumber kekuatan dan kelegaan hati baginya dan semua rakan seiman kita.—Mazmur 119:76.
Garis Masa
19 Oktober 2022
Kes jenayah dibuka
20 Oktober 2022
Rumahnya digeledah. Dia disoal siasat dan dimasukkan ke pusat tahanan sementara
21 Oktober 2022
Dia dipindahkan ke pusat tahanan sebelum perbicaraan
11 Januari 2023
Permohonan dibuat kepada hakim agar Nikolay diizinkan untuk ditahan di rumah kerana masalah kesihatannya. Permohonan tersebut ditolak dan tempoh penahanan sebelum perbicaraannya telah dilanjutkan
25 Januari 2023
Perbicaraan kes jenayah bermula
14 September 2023
Disabitkan dan dijatuhkan hukuman penjara tiga tahun
a Saudara Voishchev masih ditahan dan tidak dapat ditemu ramah.